Site Map

Home

BLOG (tulisan)

About

Ada Baik

Memories

Malacca

Kuala Lumpur


Singapore

Thailand

Baba Nyonya

Nyonya Recipes

Borneo

Bario

Aden


Berlin


Regimental


Jim's Cancer

KOYLI Forum

LI Assns

Remembrance

Fallen in N.I

Pingat Medal

Veterans Medal

Photo Albums

Stan green

Milton Starkey

Gary Dickinson

Pete Smith

Jim Whitehead

Jim Slideshow

Bill Heafiel
d

David Fill



My Bits

Carousel

Matrix

Birds in shower 18++

Wisdom


E-mail



 




les

Back To the 1960,s in Malacca/Chinese/Malay/ +  some of the present


 



Please bookmark



This may interest you friends of Crowie Moore and his wife Sally

I did this page some years ago for him and Sally

http://koyli.com/babanyonya.htm



Sally and Crowie on their wedding day

(There is a slideshow which may have to upload on your PC)





Dougie Blake KOYLI

has died
 


 

Read his Remembrance from his mates, photos and tributes





 

The KOYLI Journals from 1946 to 1968 (GREAT reading)

'Please click on the image BELOW for album link'









 






author of this site




Those who were 2 LI in Colchester may be interested in some photos we took, of the town, including Meanee Barracks as it is now, Also the married quarters in the St Michaels estate

On seeing the Oakapple Close quarters we were sad to see the state they are in, some boarded up, windows smashed, it was bluddy awful, seeing that the quarters were brand new, when we marched in, in 1969


                http://koyli.fotopic.net/c1748426.html


 





 


Selamat Menyambut

Keratan Akhbar

 

 

 
Kenapa Mufti Perak sanggup berbohong?

6th march 2010

Membaca pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam Malaysian Insider berhubung usahanya memujuk PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan Kerajaan Campuran di Perak, pasti ramai yang sudah menduga, tapi tidak kurang juga yang kesal dan menganggapnya sebagai tindakan yang sia-sia.

Malah ramai yang kesal kerana beliau sebagai seorang Mufti rela diperkudakan untuk menjadi ejen Umno bagi memujuk PAS.

Paling menyedihkan kerana Umno, beliau sanggup mengkhianati jubah Muftinya dan berbohong kepada rakyat dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu Ustaz Ahmad Awang menjelaskan;

“Apa yang beliau (Harussani) cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul (bohong),”

Ustaz Ahmad turut menjelaskan bahawa dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda. Malah perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu pun tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya.

Memang jelaslah Harussani begitu taksub pada Umno, dan layaknya beliau berhenti jadi Mufti dan bertanding sebagai calon Umno kalau mahu tubuh Kerajaan dan jadi menteri Besar.

Harussani sudah lupa bahawa sekarang dia masih lagi Mufti Perak. Dan amat tidak wajar beliau bercakap tentang isu ini sekarang kerana Umno sudah kembali merompak kuasa di Perak dan tubuh Kerajaan haram. Jadi apa jadahnya beliau bangkitkan hal ini dalam Forum di UKM.

Mahu sindir PAS? nak bagitau bahawa PAS sekarang sudah rugi? Memang jelas beliau ada niat yang tidak baik bila mengungkitkan hal itu. Sejak dapat gelaran Tan Sri ni, makin galak beliau berjuang untuk Umno.

Yang pasti beliau sudah bekerjasama dengan kezaliman yang tidak diredhai rakyat dan Islam.

Kalau Khalifah Umar hidup lagi, pasti beliau dah kena tampar sebab bersekongkol dengan penzalim, perasuah dan pemimpin-pemimpin Umno yang begitu taat sembah tugu negara setiap tahun.

Beliau sebelum ini begitu semangat bicara soal murtad, tapi apa pula hukum Pak Lah dan Najib sembah tugu negara?

Adakah itu amalan yang dituntut oleh Islam.

Bagaimana pun dengan cara Umno rompak kerajaan Perak. Halalkah?

Ingatlah wahai Harussani…jangan hanya tahu harus sana sini. Gunakanlah ilmu yang ada untuk bercakap benar, bukannya berbohong. Bersamalah dengan kebenaran kalau tidak mahu lari sana-sini di Padang Mahsyar nanti



--------------------------------------------------
Masidi 'no' to orang-utan for tourism in peninsula

Wednesday, January 20, 2010

Kota Kinabalu: Tourism, Culture and Environment Minister, Datuk Masidi Manjun, is against the idea of sending orang-utan from Sabah to bolster eco-tourism in the peninsula.

He said the orang-utan should stay where they are meant to be, pointing out people could come over to Sabah if they wanted to see the primates.

"The orang-utan should stay where they are. The reason why God has given the orang-utan to Sabah is probably because He knew that they would better survive in Sabah.

"Those who want to see the orang-utan will have to come to Sabah to see them," said Masidi, when contacted for clarification on his comment posted on social networking site Facebook recently.

It was reported in a local daily that newly-appointed Deputy Tourism Minister, Datuk Dr James Dawos Mamit, had agreed to the request from Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, for some orang-utan to be sent to the peninsula to promote eco-tourism.

The news report triggered a heated debate in Facebook, with almost all the respondents, including Masidi himself, saying "no" to such a proposal.

"Whoever came up with this 'brilliant' proposal can't differentiate between a cat and an orang-utan," Masidi said, pointing out that transporting an orang-utan is not as easy as transporting a cat.

He noted that the relocation of an orang-utan out of its natural habitat would entail many technical issues besides the sentiment of Sabahans who may not want them to be taken away since it is their proud icon, as well as of Sabah's.

"Furthermore, we have not been consulted at all on this matter," he added.



--------------------------------------------------
Beri kesedaran bahaya perang


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) merupakan satu usaha penting untuk menghapuskan perang dan memberi kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai bahaya peperangan.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar mengalu-alukan penubuhan tribunal itu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenainya.

Katanya, sebelum ini terdapat beberapa tribunal yang telah dibentuk antaranya Tribunal Jenayah Perang Iraq dan ia berjaya mencapai matlamat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dunia.

“Oleh itu, penubuhan sebuah Tribunal Jenayah Perang pada Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang di sini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap bahaya sesuatu peperangan seterusnya mengurangkan risiko perang di dunia.

“Walaupun tiada tindakan berkesan dapat dilakukan hasil keputusan sesuatu tribunal itu tetapi ia dapat meningkatkan kesedaran moral dan menyentuh hati manusia mengenai peperangan,” katanya selepas sidang akhbar pelancaran program Charter For Compassion di Hotel Hilton Petaling Jaya hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan penubuhan KLWCT pada Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang yang berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan perang dan menjadikan ia sebagai satu bentuk jenayah.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Mohd. Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MPH Group (M) Sdn. Bhd, Datuk Ng Tieh Chuan.

Sementara itu bercakap mengenai program Charter For Compassion, Chandra berkata, ia diilhamkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai nilai kemanusiaan yang ditulis dalam internet.

“Program tersebut akan berlangsung pada 12 November ini di Hotel Hilton Petaling Jaya dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

------------------------------------

Penternak rugi RM500,000 empangan pecah

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Sebuah empangan yang terletak berhampiran ladang ternakan di kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam dekat sini pecah malam tadi dan menghanyutkan timbunan sampah dari pusat pelupusan sampah berdekatan sehingga memenuhi ladang berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan lebih 300 ekor lembu dan kambing milik dua penternak terperangkap apabila kandang haiwan ternakan itu dinaiki air dan dipenuhi sampah.

Lebih 100 ekor lembu dan kambing lemas dalam kejadian berkenaan menyebabkan kedua-dua penternak berkenaan kerugian kira-kira RM500,000.

Salah seorang penternak itu, Mohd. Sharif Gulam berkata, kejadian itu menyebabkan 50 daripada 200 ekor lembu ternakannya mati lemas dan ada yang masih hilang.

"Anggaran kerugian yang saya alami adalah kira-kira RM250,000 termasuk kemusnahan kandang dan bahan makanan ternakan,'' katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu diketahuinya apabila dia mendapat panggilan dari seorang pekerjanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam tadi, empangan itu pecah dipercayai disebabkan pelanggaran sampah yang bertimbun hampir 100 meter tinggi di kawasan pelupusan sampah Sungai Kertas yang terletak bersebelahan empangan berkenaan.

Mohd. Sharif berkata, sebanyak 150 ekor lembu ternakannya yang selamat memerlukan tempat penjagaan yang sempurna dengan segera untuk mengelakkan haiwan itu mati dan terkena jangkitan penyakit.

Beliau menggesa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyiasat tempat pelupusan sampah tersebut yang dipercayai beroperasi secara haram.

"Tempat pelupusan itu telah beroperasi secara haram sejak sekian lama, namun pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim meminta kerajaan negeri, pihak berkuasa dan MPS memberikan bantuan kepada penternak terlibat dan menjalankan siasatan

 



 

 

"Copyright Les Parkin © 2006. All rights reserved."